Sunday, 14 August 2011

Guidelines to Premium Beatiful users!!!

Actually mudah je nak pakai Premium Beautiful ni. Jika ikut step by step seperti yang tertera di bawah, insya-allah tak susah mana pon..('',)




Panduan pemakaian Premium Beautiful

STEP 1: Cara Pemakaian Long Girdle:
1. Lipatkan bahagian pinggang dan dan kaki seluar dalam.
2. Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa.
3. Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas.
4. Perbetulkan kedudukannya agar selesa.
Tips: **untuk mudah pakai,kene bukak kaki besar sket,ala2 kekuda gitu...pastu joget2 sket sambil nak pakai...mula2 memang rasa ketat sket but in few weeks u akan familiar and senang sgt nak pakai...!!**


STEP 2: Cara Pemakaian Long Bra:


1. Tundukkan badan 90 dajah dan sarungkan bra ke badan dan letakkan payu dara ke dalam cawan bra 
2. Lekatkan cangkuk di bahagian belakang.
3. Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra).
4. Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.
5. Betulkan kedudukan bra.
Tips: **kalau tangan x sampai ke belakang,and xde sapa nak tlg cangkuk kan..u olls boleh pakai kain batik or ape2 kain dulu...berkemban ye...then cangkuk kat depan dulu baru turn ke belakang...sbb kalau tanpa kain alas,PB x boleh turn sbb dah lekat kat badan**

STEP 3: Cara Pemakaian Waist Nipper:

1. Lekatkan kesemua cangkuk.
2. Betulkan kedudukannya.
3. Tarik tali pelaras.
4. Tahan nafas dan cangkukkan.
5. Pastikan ianya selesa.
Tips: **make sure bahagian tali2 yg kat belakang tu selari dengan tulang belakang kita**

Panduan Memilih Pencuci / Losyen:

1. Gunakan syampu atau losyen yang disyorkan sahaja.
2. Gunakan losyen yang beralkali lemah atau neutral.
3. Jangan menggunakan pemutih klorin.
4. Meletakkan pakaian dalam ke dalam air setelah syampu atau losyen melarut dengan sepenuhnya.
5. Rendam dan cuci secara berasingan dengan pakaian lain terutamanya pakaian yang berwarna.

Penduan Mencuci:

1. Dilarang menggunakan mesin basuh, pakaian akan rosak dan menjejaskan fungsi F.I.R yang terdapat pada produk.
2. Rendam pakaian ke dalam air, setelah syampu atau losyen larut sepenuhnya.
3. Cuci menggunakan tangan pada suhu air yang rendah iaitu sekitar 30 degrees Celcius.
4. Mencuci bahagian kotor atau bahagian berpeluh dengan menggosok atau mengurut perlahan-lahan dengan tangan.
5. Biasanya, bahagian pinggul lebih kotor gosok menggunakan tangan semasa mencuci untuk mengelakkan kerosakan.

Beberapa LARANGAN PENTING!

1. Dilarang menggunakan syampu atau losyen beralkali tinggi.
2. Dilarang menjemur pakaian di bawah sinaran cahaya matahari.
3. Dilarang menggunakan seterika.
4. Dilarang mencuci dengan menggunakan mesin basuh.
5. Dilarang memerah pakaian untuk tujuan mengeringkan air.

Panduan Menjemur:

1. Penjemuran dilakukan dengan menterbalikkan bahagian dalam ke luar dan betulkan bentuk serta ratakan kedutan-kedutan yang wujud.
2. Jemur sebaik sahaja selesai membasuh untuk mengelakkan kedutan.
3. Jemur di tempat udara mengalir.
4. Jangan jemur di bawah sinaran matahari atau udara panas (ini akan menjejas kualiti kain dan menyebabkan warna menjadi pudar).

So, hopefully entry ini dapat dijadikan panduan buat semua wanita yang memakai Premium Beautiful...:)

No comments:

Post a Comment