Friday, 5 August 2011

Untuk renungan bersama..insyaALLAH

15 pantang larang Ramadhan
1.       Syirik kepada Allah
2.       Melengah-lengahkan solat fardhu
3.       Mengumpat, mencela, memfitnah, bercakap aib orang
4.       Menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah
5.       Melakukan pembaziran
6.       Berterusan melakukan maksiat batin i.e busuk hati, dengki, dendam pada orang lain
7.       Mengabaikan tanggungjawab dan amanah di tempat kerja
8.       Tidak berusaha merebut ganjaran Ramadhan
9.       Tidak berusaha membersihkan diri dengan bertaubat dan istighfar
10.   Memutuskan hubungan silaturahim
11.   Tidak memperdulikan tuntutan Ramadhan
12.   Tidak memelihara makan minum daripada perkara haram & syubhat
13.   Derhaka kepada kedua ibubapa
14.   Nusyuz/derhaka kepada suami
15.   Berdoa sambil lewa & tidak sepenuh hati.
Doa paling baik – ½ jam sebelum buka puasa & waktu sahur

 5 Kesilapan Iftar
1.       Melambat-lambatkan berbuka puasa
-Sebaiknya makanan ready ½ jam sebelum berbuka & merebut pelaung berdoa kerana waktu mustajab doa
2.       Melayan nafsu makan hingga solat maghrib di hujung waktu
3.       Makan terlalu banyak hingga mengganggu kekhusyukan solat
4.       Mengabaikan sunah nabi semasa iftar
-Baca doa semasa berbuka
-Berbuka dengan rutab/tamar
-Makan secara berjemaah
5.       Mengisi perut dengan makanan halal tapi berlebihan

5 Kesilapan Sahur
1.       Menyegerakan sahur – sepatutnya sahur dilambatkan
2.       Bersahur dengan makanan yang berat
3.       Tidak mengerjakan solat sunat sebelum sahur
4.       Tidur semula selepas sahur sehingga terlepas solat Subuh
5.       Bersahur tapi mengabaikan solat Subuh berjemaah.

No comments:

Post a Comment