Wednesday, 28 September 2011

7 TIP MEMOTIVASI DIRI


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur!
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada 
kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Mulakan dengan Bismillah
Sebelum memulakan apa pekerjaan pun, bacalah Bismillah, moga dijauhkan dari bisikan syaitan 
yang membuat kita lalai, mengantuk atau bosan. Lebih baik disertakan dengan doa.

3. Tarik nafas panjang
Tarik nafas panjang, tahan selama 5 saat dan hembuskan perlahan-lahan.  Ulang sehingga kepala 
merasa lapang.  Kandungan oksigen di dalam darah  akan menghilangkan rasa mengantuk, lesu 
atau tak bermaya.

4. Penuhkan hati dengan kemaafan
Apabila hati memberi kemaafan, ketenangan akan meresap ke dalam kalbu.  Maafkan kesalahan 
orang-orang yang tersayang, bos dan rakan-rakan sekerja.  
Lupakan emosi negatif seperti dendam dan marah yang akan menghalang motivasi.

5. Lihat warna cerah
Warna boleh mempengaruhi perasaan.  Pandang ke langit atau kehijauan pokok.  
Warna cerah akan membuat kita lebih bertenaga, ceria dan penuh dengan idea.

6. Tekad bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya.
Baca artikel atau ikuti sesi motivasi pendek di media massa sebelumbergerak ke tempat kerja. 
Walau bagaimanapun, elakkan isu-isu yang negatif yang boleh memberi kesan terhadap emosi
 anda seperti isu-isu politik.

7. Berazam untuk membuat pencapaian
Buatkan senarai kerja yang perlu diselesaikan dan berazam untuk melaksanakannya sehingga habis.
Pencapaian pasti akan melahirkan tenaga positif yang baru.

No comments:

Post a Comment