Friday, 11 November 2011

11 November 2011 (15 Zulhijjah 1432H)


Gara-gara angkanya yang menarik, tarikh 11.11.11 menjadi pilihan bagi kebanyakan bakal pasangan pengantin sebagai tarikh yang istimewa untuk melangsungkan perkahwinan. Tarikh 11.11.11 juga menjadi pilihan bagi ibu bapa yang ingin anak mereka dilahirkan pada tarikh tersebut. Tidak salah untuk memilih tarikh 11.11.11 sebagai tarikh permulaan untuk sesuatu ikatan atau untuk menyambut "ahli keluarga baru" tetapi perlulah berhati-hati supaya tidak terjerumus kepada syirik kerana terlalu taksub mempercayai tarikh tersebut adalah baik dan membawa keuntungan i.e. "ada ong". Sedangkan hari terbaik adalah hari Jumaat kerana ia adalah penghulu segala hari seperti yang telah diriwayatkan di dalam hadith berikut:


 "Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “


(al-Bukhari)


As for myself, 11.11.11 is a beginning of a new chapter of my life...it is a starting point for me to slowly transform myself into a new me (Never Give Up, Stronger, Patient, Positive and Focus), and become more successful in the future. May my life ahead be filled with happiness and blessing..Insya-allah (^_^)

Isolated seedling symbolizing growth of new beginnings  just like ME :)

No comments:

Post a Comment