Sunday, 13 November 2011

KALORI dan LEMAK: Tolong KURANGKAN boleh??

Masakan Melayu
Awien advice you all pilih lauk yang dikukus berbanding yang bergoreng dan menggunakan santan, misalnya gantikan ayam goreng ataupun daging masak lemak dengan ikan kukus dan ikan masak pindang. Sup sayur atau bayam masak air lebih sihat berbanding sayur masak lemak.


Masakan India
Hidangan "kering" seperti tandoori dan tikka biasanya tak mengandungi lemak. Sayur-sayuran atau masakan kari berasaskan kerang-kerangan (e.g. kacang pis dan keju, bayam dengan kari kentang) juga pada Awien adalah pilihan yang baik. Kari cara Balti adalah rendah lemak. Elakkan hidangan yang mengandungi sos krim atau yang bergoreng. 


Western Food
If you all nak makan pizza, pilih "topping" yang sihat dan elakkan daging berlemak seperti salami atau sosej (sosej is my favourite..huhu). Makanan laut, tomato atau sayur-sayuran adalah yang terbaik. Pilih pizza yang nipis dan garing berbanding yang tebal. Also, my advice is that you all ambil salad dengan "dressing" rendah lemak.


Chinese Cuisine
Elakkan makanan bergoreng seperti popiah, udang ataupun apa jua makanan yang digoreng dengan butter (sedapnye butterprawn..hehe). Makanan masam manis boleh mengandungi lapan sudu teh gula. Ayam dengan badam or black pepper, mi goreng dan makanan laut adalah sihat dengan nasi putih/mi berbanding nasi goreng telur.


Masakan Thai
Awien advice elakkan makanan Thai yang menggunakan santan kerana ia mengandungi lemak tidak tepu yang tinggi. Sup seperti tom yum (clear soup rather than tom yam bersantan) dan sup masam manis, juga satay ayam atau daging adalah starter yang bagus. Kek ikan Thai lazimnya rendah lemak. Hidangan mi ayam atau ikan juga pilihan baik. Begitu juga dengan salad dan sayur-sayuran.


Hidangan masih lazat cuma kurangkan pengambilan kalori dan lemak :) Jom kita sama-sama amalkan

No comments:

Post a Comment