Sunday, 13 November 2011

Waspada masalah gemuk lepas kahwin


Bakal raja sehari kebiasaannye ingin kelihatan cantik di hari perkahwinan mereka. Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan tubuh mereka kelihatan langsing dan baju pengantin yang dipilih terletak elok ditubuh.

Ada yang sanggup rejim diet yang ekstrem bagi mendapatkan tubuh yang langsing. Tetapi, seharusnya mereka sedar bahawa diet yang berlebihan sebelum hari perkahwinan akan menyebabkan masalah kegemukan lebih mudah berlaku selepas itu. Kajian yang dilakukan oleh Flinders University, Australia Selatan: "semakin besar tekanan yang dialami oleh pengantin  semakin besar kemungkinan berat badannya bertambah selepas berkahwin". Ini kerana mereka menjalani diet yang ketat dan mengatur pola makan sebelum hari perkahwinan namun setelah selesai semua urusan, berat badan bukan lagi masalah. Mereka terus mengabaikan diet dan pertambahan berat menjadi makin cepat.

Ada juga yang memilih untuk mendapatkan rawatan dari slimming centre dan ada juga yang mendaftar di fitness centre beberapa bulan sebelum hari istimewa. Tidak dinafikan, keputusannye sangat bagus, cepat dan menepati kehendak bakal raja sehari yang ingin kelihatan langsing dan anggun di hari perkahwinan. Tetapi, untuk kekal langsing selepas berkahwin, mereka perlu meneruskan rawatan di slimming centre atau bersenam di fitness centre. Ini selalunya tidak berlaku kerana kos yang agak mahal untuk mendapatkan rawatan di slimming centre dan juga kerana malas untuk ke gym.

Oleh itu, bagi bakal pengantin, untuk mendapatkan tubuh yang langsing sebelum hari perkahwinan dan ingin kekalkan tubuh yang langsing selepas berkahwin, PREMIUM BEAUTIFUL corset adalah jawapannya. It's a lifetime investment. Contact me Awien at 019-2665590 to book your free consultation and free fitting session.

No comments:

Post a Comment