Sunday, 6 May 2012

Resepi Ayam Percik


Since Wesak day falls on Saturday, 5th May,  all staff in the company which i currently work for are entitled for a replacement leave on Friday,  4th May.  So another long weekend for me. HOREYYYYY!!!!

Since i was on leave last Friday, i have decided to cook dinner for the family.  Seronok jugak dapat masak for the family once in a while. Rasa puas sangat :)

Main dish: AYAM PERCIK.
Side dishes: Telur masin, ulam kacang botol, sambal belacan, sup sayur pucuk&su'un

Alhamdulillah, semua masakan mendapat pujian daripada famlily. Yeay i passed :) Am so happy. Insya-allah i will do it again in the future.

Here, i would like to share my Ayam Percik recipe.


Bahan-bahan (hidangan untuk 4-5 orang)
9 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
4 sudu besar cili kisar
400 ml santan pekat
1/4 sudu besar halba (fenugreek seeds)
3 batang serai (diketuk)
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


Cara-cara
  1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis cili sehingga naik minyak (api kecil).
  3. Masukkan ayam bersama dengan santan, halba, belacan dan serai. Kacau hingga sekata. 
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masak sehingga ayam agak 3 suku masak dan kuah menjadi pekat (30-40 minit).
  6. Keluarkan ayam bersama sedikit kuah dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
  7. Bakar dalam oven dengan suhu 200 darjah dalam 1/2 jam.
  8. Curahkan kuah lebihan tadi ke atas ayam yang telah dibakar.
  9. Hiaslah ikut kreativiti dan selera masing2.
Insya-allah resepi ni sedap sehingga menjilat jari. Selamat mencuba kawan-kawan. 

No comments:

Post a Comment