TEATER BADAI SEMALAM, 20 NOV 2011 3PM


Badai semalam ialah teater muzikal yang diadaptasi dari hasil nukilan penulis tersohor, Khadijah Hashim. Dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 11 hingga 20 November 2011, jam 3.00 petang dan 8.30 malam dan dibarisi pelakon hebat seperti Erra Fazira, Aaron Aziz, Fizz Fairuz, Ziela Jalil dan Umie Aida.

My review:
Watak Mazni yang dipegang oleh Erra Fazira betul-betul sesuai dengan perwatakan Erra yang lemah lembut, tapi masih berhati cekal untuk mencapai cita-cita walaupun terdapat pelbagai halangan dan dugaan . Penghayatan Erra dalam menjiwai semangat Mazni benar-benar mengagumkan. Lakonan Erra cukup berkesan especially bile bermain dengan emosi dan juga part2 airmata. Hats off to Erra!
Umie Aida sangat cemerlang sebagai ibu Aaron. Watak tegasnya, mimik mukanya, lontaran dialognya, terbaik! Lakonan Ziela Jalil sebagai Habibah, ibu Mazni pula berjaya membuka minda bahawa anak orang gaji juga layak untuk berjaya dan mempunyai taraf yang sama seperti orang kebanyakan. Watak sebegini memang sinonim dengan Ziela Jalil and she did well.  

Ketulusan dan kesetiaan Zaki lakonan Fizz Fairuz memang sesuai sangat. Sifat Zaki seorang yg tabah, setia dan ikhlas membantu Mazni hingga ke penghujungnya. Kehadiran Karim lakonan Aaron Aziz benar-benar menceriakan suasana. Terpukau bile tengok Aaron menari. I loikkeee it so much :) Lakonan Aaron cukup berkesan; adakalanya romantis dan adakala jahat, especially scene memukul/mencekik Erra. 

Watak sampingan yang harus mendapat pujian adalah Mahani lakonan Emelda Rosmila sebagai minah kepochi, ala-ala Mami Jarum menghasut Rohana lakonan Umie Aida untuk menghalau Habibah dan Mazni yang masih lagi menetap di rumah Rohana. Ditambah pula dengan gaya jalan tonggeknya! Good job Emelda.


Enjoy the pictures k :)

Alhamdulillah awien managed to secure 3 tickets on
20 Nov @ 3.00 pm (Stalls area). The view was really awesome.

Abah and emak (No 1 fan of Fizz Fairuz and Umie Aida)





Teater Badai Semalam poster....cantik kan :)

I am Aaron's no 1 fan :)


FINALE





Tahniah buat Team Teater Badai Semalam :)

Comments

Popular posts from this blog

LIYANA JASMAY'S WEDDING RECEPTION

BARANG DAPUR BASAH