Saturday, 12 November 2011

Rindu Tanah Suci


Semenjak bermulanya musim haji tahun ini, hati Awien mudah tersentuh apabila melihat lautan jemaah haji berpakaian ihram dan tidak putus-putus mengucapkan talbiyah "Labbaika Allhumma Labbaik" yang bermaksud "Hambamu datang menyahut panggilan-Mu Ya Allah" samada di TV mahupun di dalam akhbar-akhbar tempatan.
Sehinggakan kadang-kadang Awien menitiskan air mata. Rindu pada-Nya memanggil-manggil untuk kembali mengunjungi Tanah Suci Madinah & Mekah. 

Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya sudah hampir 6 bulan Awien berpisah dari Tanah Suci. Cepat sungguh masa berlalu. Pada awal bulan May 2011 yang lalu, pertama kali Awien menjejakkan kaki di Tanah Suci yang penuh keberkatan dan kemuliaan bagi menunaikan umrah bersama mak dan abah. Alhamdulillah walaupun ini bukan kali pertama mak dan abah diberi peluang oleh Allah untuk mengunjungi Tanah Suci Madinah & Mekah, tetapi bagi mak dan abah, kunjungan mereka kali ini memberi seribu kenangan manis walaupun ini kali pertama mereka mengikuti pakej Umrah bersama Andalusia. Pada Awien pula ,kali pertama menjejakkan kaki ke Tanah Suci memberi kenangan yang cukup indah dan penuh keinsafan

Azan dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagai terngiang-ngiang di telinga. Hanya suara azan yang Awien sempat rakam sewaktu berada di sana menjadi kenangan. Hiruk pikuk jemaah menunaikan umrah, bau padang pasir, menikmati ice cream setiap kali berjalan pulang ke hotel setelah selesai solat fardhu dan merpati jinak yang sentiasa mendapat makanan di hadapan dataran Haram masih segar dalam ingatan. Hanya gambar yang menjadi pengubat rindu ini. 

Terima kasih kepada seluruh keluarga Andalusia di Malaysia, Madinah & Mekah terutama mutawif kami Ustaz  Rahmat Hasibuan diatas segala bantuan dan tunjuk ajar serta menjadikan urusan ibadah umrah kami Alhamdulillah, berjalan lancar dan lebih bermakna. Semoga Awien diberi oleh Allah kesempatan untuk menjadi  tetamu Allah SWT sekali lagi dan kali ini menunaikan ibadah haji pula. Amin. Disamping itu, semoga ikatan persaudaraan yang dibina sewaktu berada disana akan berkekalan.

Some pictures of my trip to Tanah Suci Madinah & Mekah:-
Mubarak Silver Hotel, Madinah
Masjid Nabawi, Madinah

Masjid Nabawi, Madinah


Ice cream..yummy


Al-Hijjaz Hotel, Mekah


Kaabah, Mekah


Clock tower, Mekah




Kebun Kurma Aziz, Mekah


Jabal Uhud


Jabal Rahmah, Mekah


Jabal Rahmah, Mekah


Unta, Mekah


Unta Hudaibiyah, Mekah


Unta Hudaibiyah, Mekah


Muzium, Hudaibiyah


Original Telaga Zam Zam


Masjidil Haram (Luar/Siang)


King Abdul Aziz Gate, Masjidil Haram


Masjidil Haram (Dalam)


Masjidil Haram (Luar/Malam)


Kaabah


Merpati


Ice Cream

Jemaah Perempuan kumpulan kami


Jemaah lelako kumpulan kami


Niat di miqat


Saie


Jeddah, otw to Airport


At the airport...time to go home

"Never be sad for what is over, just be glad that it was once yours."

No comments:

Post a Comment