Posts

Showing posts from November 12, 2011

RINDU BERTAMU DI MADINAH DAN MEKAH

Image
Semenjak bermulanya musim haji tahun ini, hati Awien mudah tersentuh apabila melihat lautan jemaah haji berpakaian ihram dan tidak putus-putus mengucapkan talbiyah "Labbaika Allhumma Labbaik" yang bermaksud "Hambamu datang menyahut panggilan-Mu Ya Allah" samada di TV mahupun di dalam akhbar-akhbar tempatan. Sehinggakan kadang-kadang Awien menitiskan air mata. Rindu pada-Nya memanggil-manggil untuk kembali mengunjungi Tanah Suci Madinah & Mekah. 
Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya sudah hampir 6 bulan Awien berpisah dari Tanah Suci. Cepat sungguh masa berlalu. Pada awal bulan May 2011 yang lalu, pertama kali Awien menjejakkan kaki di Tanah Suci yang penuh keberkatan dan kemuliaan bagi menunaikan umrah bersama mak dan abah. Alhamdulillah walaupun ini bukan kali pertama mak dan abah diberi peluang oleh Allah untuk mengunjungi Tanah Suci Madinah & Mekah, tetapi bagi mak dan abah, kunjungan mereka kali ini memberi seribu kenangan manis walaupun ini kali pertam…