Posts

Showing posts from August 20, 2012

HARI RAYA PERTAMA 2012 :)

Image
Alhamdulillah setelah sebulan umat Islam di seluruh dunia berpuasa di bulan Ramadhan, kini tibalah masanya untuk kita semua meraikan kedatangan Syawal. Dengan permergian Ramadhan pada kali ini diharapkan memberi satu kekuatan dan latihan untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan. 
So kawan-kawan, sambutlah Aidilfitri dengan kegembiraan yang berpada-pada, janganlah sampai menjadikan syawal sebagai hari balas dendam atas segala apa yang kita tahan sepanjang bulan Ramadhan. Reminder for myself juga.
Awien bersyukur sangat diberikan kesempatan untuk menghabiskan Ramadhan pada tahun ini dan seterusnya menyambut Syawal bersama keluarga. Hati ini sayu apabila mengenangkan abang sulung tidak dapat beraya bersama atas urusan kerja di offshore. Kesedihan makin terasa apabila mengenangkan adik bongsu akan pulang ke USA pada hari raya ketiga. Walau apapun, Awien tetap bersyukur.
Awien berdoa semoga kita semua di beri kesempatan lagi untuk berjumpa dengan Ramadhan seterusnye. Amin Ya Rabbal…