Posts

Showing posts from November 14, 2012

MAJLIS APRESIARI MENTARI SERDANG 16 OCT 2012

Image
Alhamdulillah s elepas lebih 38 tahun tamat pengajian, Abah merupakan salah seorang daripada 365 bekas pelajar  Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1974, 1975, dan 1976  akhirnya berpeluang naik ke atas pentas  pada hari Selasa, 16 October yang lalu untuk menerima skrol diplomanya dalam majlis graduasi khas, Majlis Apresiasi Mentari Serdang yang diadakan di UPM.  Majlis ini dianggap begitu manis dan menyentuh hati oleh Abah apabila skrol tersebut diserahkan sendiri oleh Naib Cancelor UPM yang pertama iaitu Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Rashdan Baba, yang sanggup berdiri sehingga selesai walaupun dengan keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan, sekaligus mengimbas kenangan ketika mereka belajar dahulu di bawah pimpinan tokoh terkenal itu. Walaupun Abah tidak menghadapi kesukaran dalam melanjutkan pelajaran ke tahap sarjana muda di luar negara atau karier kerana Abah telahpun menerima diplomanya secara tidak formal, namun seakan tidak lengkap apabila tidak merasai