HARI RAYA PERTAMA 2012 :)

Alhamdulillah setelah sebulan umat Islam di seluruh dunia berpuasa di bulan Ramadhan, kini tibalah masanya untuk kita semua meraikan kedatangan Syawal. Dengan permergian Ramadhan pada kali ini diharapkan memberi satu kekuatan dan latihan untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan. 

So kawan-kawan, sambutlah Aidilfitri dengan kegembiraan yang berpada-pada, janganlah sampai menjadikan syawal sebagai hari balas dendam atas segala apa yang kita tahan sepanjang bulan Ramadhan. Reminder for myself juga.

Awien bersyukur sangat diberikan kesempatan untuk menghabiskan Ramadhan pada tahun ini dan seterusnya menyambut Syawal bersama keluarga. Hati ini sayu apabila mengenangkan abang sulung tidak dapat beraya bersama atas urusan kerja di offshore. Kesedihan makin terasa apabila mengenangkan adik bongsu akan pulang ke USA pada hari raya ketiga. Walau apapun, Awien tetap bersyukur.

Awien berdoa semoga kita semua di beri kesempatan lagi untuk berjumpa dengan Ramadhan seterusnye. Amin Ya Rabbal Alamin.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Awien sekeluarga menyambut Syawal di Kuala Lumpur. Routine kami ialah selepas solat sunat Raya, kami sekeluarga akan menjamu selera dengan juadah raya yang telah disediakan. Seperti biasa, juadah raya keluarga kami ialah ketupat daun palas, nasi impit, rendang ayam, kuah kacang dan nasi lemak. Tahun ni ada extra juadah sebab SIL masak rendang daging berempah. At the same time, adik bongsu teringin nak makan lontong, jadi buat jugalah kuah lodeh.

Kemudian, kami sekeluarga bergerak ke Shah Alam untuk beraya di rumah Tok Ani (kakak kepada mak). Memang seronok berkumpul di Shah Alam sebab dapat berjumpa cousins, nieces and nephews yang sememangnye kelakar dan sempoi. Juadah raya agak sama cume ada additional juadah iaitu lemang dan rendang paru. Memang terbaik :)

Kebiasaannya kami sekeluarga akan pulang ke kampung Abah, Masjid Tanah Melaka di petang raya pertama dan akan bermalam di kampung beberapa hari. Tetapi tahun ini kami tidak berkesempatan sebab adik bongsu akan balik ke USA pada hari raya ketiga. Insya-allah kami akan pulang berhari raya di Melaka later this week. 

Kami sekeluarga berkesempatan singgah di Labu, N9 untuk beraya di rumah besan mak dan abah. Kami dihidangkan dengan juadah raya. Tapi yang bestnye, ada mee udang. Something different kan. Rugi kalau tak rasa. So kami pun ambil juga mee udang. Sedap sangat sampai tanya resepi. Fuhhh memang kenyang teramat sangat. Sampai ketat PB kami. Memang tak makan dinner la kan. haha


Syukur Alhamdulillah :)  terima kasih Allah di atas segala rezeki yang Kau berikan di hari raya pertama.


Here are some family photos on the first day of RAYA :) ENJOY!!!!

Myself ;)
Abah & Mak
Mak  & Me :)
Important men in my life

Alang & SIL



SIL & ME :)  Next year, i will have a niece 

Adik bucuk



Dah macam ala-ala giving ceremony plak..hehehe

Gedik or candid? heeee
Adik and his niece (anak abang adam)

Kumpulan Nasyid Sinar di ketuai oleh Abah..hahhaha

with my NIECE!!!

Comments

Popular posts from this blog

TEATER BADAI SEMALAM, 20 NOV 2011 3PM

LIYANA JASMAY'S WEDDING RECEPTION

EURO2012