MAJLIS APRESIARI MENTARI SERDANG 16 OCT 2012

Alhamdulillah selepas lebih 38 tahun tamat pengajian, Abah merupakan salah seorang daripada 365 bekas pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1974, 1975, dan 1976 akhirnya berpeluang naik ke atas pentas pada hari Selasa, 16 October yang lalu untuk menerima skrol diplomanya dalam majlis graduasi khas, Majlis Apresiasi Mentari Serdang yang diadakan di UPM. 

Majlis ini dianggap begitu manis dan menyentuh hati oleh Abah apabila skrol tersebut diserahkan sendiri oleh Naib Cancelor UPM yang pertama iaitu Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Rashdan Baba, yang sanggup berdiri sehingga selesai walaupun dengan keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan, sekaligus mengimbas kenangan ketika mereka belajar dahulu di bawah pimpinan tokoh terkenal itu.

Walaupun Abah tidak menghadapi kesukaran dalam melanjutkan pelajaran ke tahap sarjana muda di luar negara atau karier kerana Abah telahpun menerima diplomanya secara tidak formal, namun seakan tidak lengkap apabila tidak merasai sendiri pengalaman menaiki pentas dan menerima diploma tersebut. Tiada gambar kenang-kenangan, jadi tiada nostalgia yang dapat ditunjukkan pada anak cucu.

Majlis ini sangat istimewa kerana lain daripada majlis graduasi yang biasa. Majlis ini boleh dihadiri ahli keluarga penerima skrol tanpa had umur kerana kebanyakan mereka telah pun berkeluarga dan bergelar datuk dan nenek termasuk Abah. Sudah tentu ramai anak-anak dan cucu-cucu yang ingin hadir untuk memberi sokongan. Majlis ini juga dihiasi dengan beberapa persembahan sebagai selingan diantara satu sesi kepada sesi yang berikutnya. Kesimpulannya, majlis ini kurang formal dan kurang protokol.

Lucu apabila melihat telatah Abah dan rakan-rakannya. Maklumlah setelah sekian lama tidak berjumpa, mereka seolah-olah kembali ke zaman mereka sebagai pelajar di UPM dahulu. Mereka mengimbas semula cerita-cerita lama dan kenangan-kengangan lama termasuklah minggu orientasi. Mereka juga tidak sudah-sudah bergambar bersama-sama sebagai kenangan.

   

 



Abah and the gang 
Majlis bersurai

















Batch 1974

 

















The ONLY picture that i have with my mom and my dad. It's okay with me because this DAY is my DAD's big day :)




XOXO

Comments

Popular posts from this blog

TEATER BADAI SEMALAM, 20 NOV 2011 3PM

LIYANA JASMAY'S WEDDING RECEPTION

EURO2012